Thursday, January 27, 2011

carrot cake



Bahan-bahan: -
300 gm tepung kek
350 gm gula kastor
1sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk penaik (baking powder)
1 sudu besar soda bicarbonate
1 sudu besar serbuk kulit kayu manis
350 ml marjerin  dicairkan
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
150 gm walnut  dipecah-pecahkan
90 gm kelapa parut
1 tin kecil kepingan nenas  dicincang kasar
250 gm lobak merah  diracik halus & dicelur


Cara membuatnya: -
1.  Campurkan semua bahan-bahan di atas dan masukkan kedalam acuan pembakar.
2.  Bakar dalam ketuhar pada suhu 175篊 selama  50 - 60  minit.


Hiasan
Bahan-bahan: -
250 gm keju krim
50 gm marjerin
100 gm gula ising
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar jus lemon

Cara membuatnya: -
1.  Pukul marjerin  dengan gula ising hingga sedikit kembang.
2.  Masukkan keju krim dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan esen vanilla dan jus lemon dan gaul rata.
4. Sapukan diatas kek dan sejukkan.

cHEESE cAKE


Bahan-bahan

2 ketul cream cheese 250gram
1 tin susu pekat manis
2 biji telur
1 sudu tepung gandum
Cara-cara

Tapak(base)
1. Biskut oreo dihancurkan
2. Satu cawan majerin yang dicarikan.. gaul sebati n tekan kat dasar loyang as tapak atau swiss roll..potong dan susun dalam loyang..
Topping
3. Biarkan chesse lembut dgn suhu bilik..kemudian pukul(leh guna mixer or blender)
4. masukkan susu..dan pukul lagi
5.dah sebati..masukkan telur sikit2..
6. masukkan tepung..
7. klu suka..leh masukkan coklat cip@ coklat rice..
8.tuangkan dalam loyang berisi biskut@kek tadi..utk hiasan boleh laa taburkan kepingan badam atau swirl kan coklat cair kat atas..
7.sedia utk di bakar...lebih kurang 45 minit..tapi cucuklaa ngan cake tester or lidi utk pastikan dia dah masak..(dah tak melekat kat lidi tu masak dahlaa
)

Kek Cawan Coklat Brownie dengan Krim Putar Mentega Coklat

Kek Cawan

4 auns coklat masakan (unsweetened), dicincang
1/2 cawan mentega (unsalted), potong kepingan-keping
1 1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (size besar)
3/4 cawan tepung serba guna
1/4 sudu teh garam

Panaskan ketuhar untuk 325° F
Susun 12 kertas cawan kek pada acuan.
Cairkan coklan dan mentega di dalam mangkuk secara double boil.
(Coklat dan mentega di cairkan di dalam mangkuk yang diletakkan dalam periuk air yang mendidih, pastikan air yang mendidih tidak memasuki mangkuk)
Setelah coklat dan mentega cair sepenuhnya, tutup api dan sejukkan coklat tersebut seketika.
Setelah mencapai suhu bilik, masukkan gula, dan esen vanilla. Kacau rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
Masukkan garam dan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan sebati.
Setelah sebati, agihkan adunan ke dalam setiap cawan kek yang telah disusun tadi.
Bakar selama 20 minit/ masak (uji dengan lidi)
Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sehingga suhu bilik.



Krim Putar Mentega Coklat

1-2 sudu makan susu
1 sudu makan serbuk koko
6 sudu makan mentega lembut
3/4 cawan serbuk gula (gula aising)

Coklat cip untuk hiasan.

Potong mentega kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk/ mesin pemutar.
Pukul/putar sehingga lembut dan berkrim.
Ayak serbuk koko dan gula ke dalam mangkuk/ mesin pemutar sedikit demi sedikit sehingga habis.
Setelah adunan sebati, masukkan susu dan kacau/putar rata.
Hias kek cawan yang telah dimasak tadi dengan Krim Putar Mentega Coklat seperti dalam gambar di atas. Tabur coklat cip untuk hiasan.

TiRaMiSu

Bahan
1 biji span kek coklat
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli
1/2 cawan gula
serbuk nescafe

Cara
1. Kek span dibelah 2 lapisan
2. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
4. Sapukan adunan dibahagian tengah lapisan kek.
5. Ayakkan serbuk nescafee sekeliling kek.
6. Susunkan lagi kek dan sapukankan dengan adunan keju. Ayakkan serbuk nescafe lagi.
7. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

NOTA:
adunan ini memang agak moist dan lembut..
so kena makan secara scooping gitu..
tapi memang sedappp..



Cake Durian Fudge



Bahan-bahan
8 biji telur- asingkan putih dan kuning
150 gm gula caster (saya kurangkan sikit )
225 gm tepung optima
125 tepung halus
25 gm minyak jagung
200 gm santan pekat
75 gm isi durian-dilecek halus
1/2 sudu kecil cream of tartar
1/2 sudu kecil bikarbonat soda
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:

1. Satukan kuning telur, tepung optima, tepung halus,minyak jagung, bikarbonat soda dan sedikit pewarna kuning. Kacau hingga sebati dan ketepikan.
2.Pukul putih telur dan krim of tartar sehingga kembang, lalu masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul hingga pekat.
3.Masukkan adunan di langkah 1 ke dalam adunan putih telur dan gaul rata. Tuangkan de dalam acuan 11" x 11" dan bakar sehingga masak.Sejukkan.

TOPPING DURIAN

1000 gm santan pekat-dari 2 biji kelapa
200 gm gula pasir
225 gm isi durian
4 sudu kecil agar-agar serbuk
4 sudu besar tepung kastad ( saya letak 8 sudu -sebab ia cair meleleh atas kek)
garam dan sedikit pewarna kuning

cara
Campurkan semua bahan, kisar dalam blender,kemudian tapis
Masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga pekat.
Bolehlah dihias ke atas kek.

Nota Jurnal Rasa: Topping nya agak susah juga nak dilicinkan,ia meleleh..selepas tuang topping ke atas kek ,sejukkan seketika dalam peti ais,kemudian keluarkan dan ratakan. 'Piping' sedikit lebihan topping untuk membuat corak garisan ke atasnya.